Monday, May 3, 2021

KEBUDAYAAN DAN PERPADUAN

 


MPU21032

PENGHAYATI ETIKA DAN PERADABAN

DIPLOME PENGAJIAN PERNIAGAAN

SESI DIS 2020

SEMESTER 1

NAMA PENSYARAH: SHAMSUL ABDULLAH

 

 

NAMA

NO MATRIKS

WAN NUR ALIA BT WAN AZIZ

04DPM20F2050

NOOR ISFARADILA SYUHADA BT MOHD SABRI

04DPM20F2054

ANIS SYAZLIYANA BT ROZIYUSRI

04DPM20F2046

ANIS ATHIRAH BT AHMAD MALIKI

04DPM20F2062

 


PENGENALAN KEBUDAYAAN

Kebudayaan merupakan keseluruhan cara hidup manusia. Ia berperanan penting dalam proses pembangunan negara di Malaysia di mana keperibadian Malaysia harus dipupuk dalam usaha-usaha yang dijalankan ke arah meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan politik. Ini sudah tentunya memerlukan penggemblengan dan penglibatan semua lapisan masyarakat dalam satu proses yang berterusan.

Bagi sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia, proses pembentukan kebudayaan nasional memerlukan perancangan yang teliti dan rapi supaya dapat melahirkan cara hidup yang bersifat kemalaysiaan. Perancangan kebudayaan ini harus menentukan sifat-sifat yang baik, mulia dan utama bagi pembinaan bangsa dan ketahanan negara.

 

PERPADUAN

Perpaduan ditakrifkan sebagai hubungan erat atau bersifat toleransi yang diwujudkan secara sengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat bersama secara jujur dan ikhlas. Dalam kata lain perpaduan adalah proses menyatupadukan seluruh masyarakat untuk membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan negara. Malaysia merupakan salah satu  negara berbilang kaum yang dapat hidup dengan harmoni. Antara kaum utama di Malaysia  Melayu, Cina, India Kadazandusun dan Iban. Perpaduan tidak akan tercapai jika ada segelintir pihak yang cuba untuk menjadi batu api dan menyemarakkan lagi isu perkauman dikalangan kaum di Malaysia.



 KEPENTINGAN PERTAHANKAN  KEBUDAYAAN

Budaya melambangkan identiti sesebuah negara. Amalan budaya tradisional kita melambangkan sifat majmuk masyarakat kita. Misalnya, pakaian tradisional pelbagai kaum yang unik dan berwarna-warni. Budaya tradisional kita juga menunjukkan budi da pekerti masyarakat Malaysia. Nilai murni yang ditunjukkan dalam majlis korban dan mengadakan rumah terbuka pada hari kebesaran menunjukkan kita prihatin terhadap orang lain dan bersikap mesra. Banyak orang asing terkejut kerana rakyat kita bebas mengunjungi pemimpin kita pada hari kebesaran. Penghantaran kuih-muih dan saling mengunjungi pada hari kebesaran menunjukkan kemesraan sesama kaum. Inilah identiti Malaysia yang dikagumi oleh dunia luar dan identiti ini perlu dikekalkan.

Budaya tradisional juga dapat memupuk perpaduan negara. Rakyat majmuk kita kaya dengan nilai tradisional yang murni. Misalnya, kunjung- mengunjungi dan mengadakan rumah terbuka pada hari kebesaran. Rakyat kita tidak kira keturunan, agama dan amalan adat resam turut merayakan bersama-sama. Jiran tetangga dan sahabat handai saling mengunjungi. Kuih- muih bertukar pinggan. Kita saling menerima dan memberi. Ucapan “Selamat Hari Raya”, “Gong Xi Fa Cai” dan “Selamat Deepavali” keluar dari jiwa yang penuh keikhlasan. Semangat kekitaan ini akan mengeratkan siraturahim, seterusnya memupuk perpaduan

Budaya perlu dikekalkan demi kesinambungan tamadun kita. Melalui budaya tradisional, kita mengetahui asal usul kita. Dengan ini, kita tidak akan lupa daratan. Sebaliknya, kita akan sedar tentang kesulitan hidup nenek moyang kita. Dari sini kita akan mendapat iktibar. Misalnya, tarian Portugis mengingatkan kita tentang kedatangan Portugis. Bangsawan yang banyak menceritakan tentang Kesultanan Melaka dan kejatuhannya juga mendatangkan pengajaran. Budaya kita yang murni juga merupakan benteng budaya. Dengan ini, rakyat kita tidak dihanyutkan oleh budaya Barat. Yang ada pada hari ini berpunca daripada yang silam. Jadi generasi muda harus mengenali asal usul sendiri.

Untuk mengembangkan budaya tradisional, rakyat mesti didedahkan kepada kekayaan warisan budaya negara. Kita boleh menganjurkan kempen, ceramah, wawancara serta pameran untuk menghidupkan warisan budaya. Dengan ini, rakyat kita akan lebih memahami budaya sendiri. Usaha kita menerapkan seni bina Melayu pada bangunan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Muzium Negara, Bank Muamalat, dan bangunan lain perlu diperluas. Kemasukan budaya asing yang mampu menggugat kedudukan tradisi dan identiti negarajuga perlu disekat. Tempat dan bangunan bersejarah perlulah dikekalkan dan dipulihkan. Dengan ini, warisan budaya dapat diikuti dan dilihat sepanjang masa.

Warisan tradisional kita boleh disampaikan kepada generasi muda melalui latihan. Kumpulan makyung, wayang kulit, zapin, dan sebagainya boleh dijalankan melalui Rakan Seni Budaya. Sistem pendidikan juga boleh menyelitkan budaya ! tradisional sebagai aktiviti kokurikulum di sekolah. Pertandingan berbalas pantun clan tarian tradisional akan mengembangkan budaya ini. Usaha ini memberikan peluang kepada mereka yang berminat untuk mengikutinya. Dengan ini, budaya kita akan terus berkembang. Persembahan ini juga akan membolehkan orang ramai mengenalinya dengan lebih dekat. Dengan ini, seni jiwa bangsa dapat dihayati kerana “tak kenaI maka tak cinta”.




ISU DAN CABARAN KEBUDAYAAN DAN PERPADUAN

Pengaruh Media Sosial

Ø   Hubungan antara manusia

Ø  Cara Pemikiran

Ø  Kesihatan merosot

Gaya Hidup

Ø  Bebas dan tiada rasa malu (Pergaulan)

Ø  Tidak mengikut syarak (Pemakaian)

Ø  Menggunakan Bahasa yang cekap (Percakapan)

Generasi Z

Ø  Lahir dan membesar dengan teknologi internet

Ø  Dimanjakan dengan kemewahan

Ø  Lebih maju dengan maklumat di hujung jari

Generasi X

Ø  Kurang bersenam

Ø  Kuat bekerja dan kurang bersama keluarga




KESIMPULAN

Tidak dinafikan lagi Malaysia merupakan sebuah negara majmuk yang mempunyai pelbagai kaum, budaya dan agama. Hal ini, terjalinlah satu hubungan perpaduan yang merupakan pemangkin utama kepada kemajuan negara yang kita kecapi sekarang. Tanpa perpaduan yang utuh, keharmonian bermasyarakat tidak dapat dinikmati kerana tiada persefahaman dan kerjasama daripada semua kaum untuk mempertahankannya. Peristiwa 13 Mei 1969 menjadi panduan dan iktibar bagi kita untuk teerus maju ke mercu kejayaan. Dalam hal ini kita semua tidak mahu pepatah yang mengatakan yang dikejar tak dapat yang dikendong keciciran berlaku ke atas kita. Jika kita tidak berjaya mencari satu rumusan yang berkesan kepada masalah ini, memadailah jika kita berusaha memperkukuhkan tahap perpaduan yang sedia ada agar ia tidak terus menjadi lemah atau terhakis. Secara kesimpulannya, setiap warganegara Malaysia haruslah terlibat dalam usaha untuk memantapkan perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Tindakan susulan mestilah dilakukan secara sukarela dan penuh tanggungjawab bagi menjana perpaduan yang kita idamkan.

 

PENGAJARAN

Setiap kaum mestilah mempunyai peranan dan fungsi masing-masing dalam pembangunan negara. Oleh itu,setiap kaum haruslah bekerjasama dan meghargai peranan yang ada pada kaum-kaum lain.

Kepelbagaian etnik dan budaya hasil daripada kewujudan masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia telah menjadikan Malaysia sebuah negara yang unik di mata dunia. Oleh itu, keunikan ini perlulah dipelihara dengan baik untuk tatapan generasi akan datang dan pada masa yang sama menjadi contoh kepada negara luar.        




KEBUDAYAAN DAN PERPADUAN

  MPU21032 PENGHAYATI ETIKA DAN PERADABAN DIPLOME PENGAJIAN PERNIAGAAN SESI DIS 2020 SEMESTER 1 NAMA PENSYARAH: SHAMSUL ABDULLAH ...