MPU21032
PENGHAYATI
ETIKA DAN PERADABAN
DIPLOME
PENGAJIAN PERNIAGAAN
SESI
DIS 2020
SEMESTER
1
NAMA
PENSYARAH: SHAMSUL ABDULLAH
NAMA |
NO MATRIKS |
WAN NUR ALIA BT WAN
AZIZ |
04DPM20F2050 |
NOOR ISFARADILA
SYUHADA BT MOHD SABRI |
04DPM20F2054 |
ANIS SYAZLIYANA BT
ROZIYUSRI |
04DPM20F2046 |
ANIS ATHIRAH BT AHMAD
MALIKI |
04DPM20F2062 |
PENGENALAN KEBUDAYAAN
Kebudayaan merupakan keseluruhan
cara hidup manusia. Ia berperanan penting dalam proses pembangunan negara di
Malaysia di mana keperibadian Malaysia harus dipupuk dalam usaha-usaha yang
dijalankan ke arah meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan politik. Ini sudah
tentunya memerlukan penggemblengan dan penglibatan semua lapisan masyarakat dalam
satu proses yang berterusan.
Bagi sebuah negara yang mempunyai
masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia, proses pembentukan kebudayaan
nasional memerlukan perancangan yang teliti dan rapi supaya dapat melahirkan
cara hidup yang bersifat kemalaysiaan. Perancangan kebudayaan ini harus
menentukan sifat-sifat yang baik, mulia dan utama bagi pembinaan bangsa dan
ketahanan negara.
PERPADUAN
Perpaduan ditakrifkan sebagai
hubungan erat atau bersifat toleransi yang diwujudkan secara sengaja dalam
kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat bersama secara
jujur dan ikhlas. Dalam kata lain perpaduan adalah proses menyatupadukan
seluruh masyarakat untuk membentuk satu identiti dan nilai bersama serta
perasaan cinta dan banggakan negara. Malaysia merupakan salah satu negara berbilang kaum yang dapat hidup dengan
harmoni. Antara kaum utama di Malaysia
Melayu, Cina, India Kadazandusun dan Iban. Perpaduan tidak akan tercapai
jika ada segelintir pihak yang cuba untuk menjadi batu api dan menyemarakkan lagi
isu perkauman dikalangan kaum di Malaysia.
KEPENTINGAN PERTAHANKAN KEBUDAYAAN
Budaya melambangkan identiti
sesebuah negara. Amalan budaya tradisional kita melambangkan sifat majmuk
masyarakat kita. Misalnya, pakaian tradisional pelbagai kaum yang unik dan
berwarna-warni. Budaya tradisional kita juga menunjukkan budi da pekerti
masyarakat Malaysia. Nilai murni yang ditunjukkan dalam majlis korban dan
mengadakan rumah terbuka pada hari kebesaran menunjukkan kita prihatin terhadap
orang lain dan bersikap mesra. Banyak orang asing terkejut kerana rakyat kita
bebas mengunjungi pemimpin kita pada hari kebesaran. Penghantaran kuih-muih dan
saling mengunjungi pada hari kebesaran menunjukkan kemesraan sesama kaum.
Inilah identiti Malaysia yang dikagumi oleh dunia luar dan identiti ini perlu
dikekalkan.
Budaya tradisional juga dapat memupuk perpaduan negara. Rakyat majmuk kita kaya dengan nilai tradisional yang murni. Misalnya, kunjung- mengunjungi dan mengadakan rumah terbuka pada hari kebesaran. Rakyat kita tidak kira keturunan, agama dan amalan adat resam turut merayakan bersama-sama. Jiran tetangga dan sahabat handai saling mengunjungi. Kuih- muih bertukar pinggan. Kita saling menerima dan memberi. Ucapan “Selamat Hari Raya”, “Gong Xi Fa Cai” dan “Selamat Deepavali” keluar dari jiwa yang penuh keikhlasan. Semangat kekitaan ini akan mengeratkan siraturahim, seterusnya memupuk perpaduan
Budaya perlu dikekalkan demi
kesinambungan tamadun kita. Melalui budaya tradisional, kita mengetahui asal
usul kita. Dengan ini, kita tidak akan lupa daratan. Sebaliknya, kita akan
sedar tentang kesulitan hidup nenek moyang kita. Dari sini kita akan mendapat
iktibar. Misalnya, tarian Portugis mengingatkan kita tentang kedatangan
Portugis. Bangsawan yang banyak menceritakan tentang Kesultanan Melaka dan
kejatuhannya juga mendatangkan pengajaran. Budaya kita yang murni juga
merupakan benteng budaya. Dengan ini, rakyat kita tidak dihanyutkan oleh budaya
Barat. Yang ada pada hari ini berpunca daripada yang silam. Jadi generasi muda
harus mengenali asal usul sendiri.
Untuk mengembangkan budaya tradisional, rakyat mesti didedahkan kepada kekayaan warisan budaya negara. Kita boleh menganjurkan kempen, ceramah, wawancara serta pameran untuk menghidupkan warisan budaya. Dengan ini, rakyat kita akan lebih memahami budaya sendiri. Usaha kita menerapkan seni bina Melayu pada bangunan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Muzium Negara, Bank Muamalat, dan bangunan lain perlu diperluas. Kemasukan budaya asing yang mampu menggugat kedudukan tradisi dan identiti negarajuga perlu disekat. Tempat dan bangunan bersejarah perlulah dikekalkan dan dipulihkan. Dengan ini, warisan budaya dapat diikuti dan dilihat sepanjang masa.
Warisan tradisional kita boleh disampaikan
kepada generasi muda melalui latihan. Kumpulan makyung, wayang kulit, zapin,
dan sebagainya boleh dijalankan melalui Rakan Seni Budaya. Sistem pendidikan
juga boleh menyelitkan budaya ! tradisional sebagai aktiviti kokurikulum di
sekolah. Pertandingan berbalas pantun clan tarian tradisional akan
mengembangkan budaya ini. Usaha ini memberikan peluang kepada mereka yang
berminat untuk mengikutinya. Dengan ini, budaya kita akan terus berkembang.
Persembahan ini juga akan membolehkan orang ramai mengenalinya dengan lebih
dekat. Dengan ini, seni jiwa bangsa dapat dihayati kerana “tak kenaI maka tak
cinta”.
ISU DAN CABARAN KEBUDAYAAN DAN PERPADUAN
Pengaruh Media Sosial
Ø Hubungan antara manusia
Ø Cara
Pemikiran
Ø Kesihatan
merosot
Gaya Hidup
Ø Bebas
dan tiada rasa malu (Pergaulan)
Ø Tidak
mengikut syarak (Pemakaian)
Ø Menggunakan
Bahasa yang cekap (Percakapan)
Generasi Z
Ø Lahir
dan membesar dengan teknologi internet
Ø Dimanjakan
dengan kemewahan
Ø Lebih
maju dengan maklumat di hujung jari
Generasi X
Ø Kurang
bersenam
Ø Kuat bekerja dan kurang bersama keluarga
KESIMPULAN
Tidak dinafikan
lagi Malaysia merupakan sebuah negara majmuk yang mempunyai pelbagai kaum,
budaya dan agama. Hal ini, terjalinlah satu hubungan perpaduan yang merupakan
pemangkin utama kepada kemajuan negara yang kita kecapi sekarang. Tanpa
perpaduan yang utuh, keharmonian bermasyarakat tidak dapat dinikmati kerana
tiada persefahaman dan kerjasama daripada semua kaum untuk mempertahankannya.
Peristiwa 13 Mei 1969 menjadi panduan dan iktibar bagi kita untuk teerus maju
ke mercu kejayaan. Dalam hal ini kita semua tidak mahu pepatah yang mengatakan
yang dikejar tak dapat yang dikendong keciciran berlaku ke atas kita. Jika kita
tidak berjaya mencari satu rumusan yang berkesan kepada masalah ini, memadailah
jika kita berusaha memperkukuhkan tahap perpaduan yang sedia ada agar ia tidak
terus menjadi lemah atau terhakis. Secara kesimpulannya, setiap warganegara
Malaysia haruslah terlibat dalam usaha untuk memantapkan perpaduan dalam
kalangan masyarakat Malaysia. Tindakan susulan mestilah dilakukan secara
sukarela dan penuh tanggungjawab bagi menjana perpaduan yang kita idamkan.
PENGAJARAN
Setiap kaum
mestilah mempunyai peranan dan fungsi masing-masing dalam pembangunan negara.
Oleh itu,setiap kaum haruslah bekerjasama dan meghargai peranan yang ada pada
kaum-kaum lain.
Kepelbagaian
etnik dan budaya hasil daripada kewujudan masyarakat yang berbilang kaum di
Malaysia telah menjadikan Malaysia sebuah negara yang unik di mata dunia. Oleh
itu, keunikan ini perlulah dipelihara dengan baik untuk tatapan generasi akan
datang dan pada masa yang sama menjadi contoh kepada negara luar.
No comments:
Post a Comment